Memaparkan catatan dengan label Berita UPPK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita UPPK. Papar semua catatan

Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2008 / 2009


0 ulasan  

PESTA KERJAYA DAN PENDIDIKAN 2008, UTM City Campus


TARIKH : 4, 5 dan 6 Mac 2008
MASA : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
TEMPAT : Dewan Besar & Kawasan Sekitar Kampus

Jangan lepaskan peluang, sila hadiri sesi temuduga terbuka, mendaftar secara online untuk mendapatkan peluang pekerjaan, berhibur dan dimasa yang sama dapatkan informasi mengenai halatuju masa depan anda.

Pihak UPPK juga akan membuka gerai disana nanti. Datanglah beramai-ramai kerana ianya terbuka kepada semua!

0 ulasan  

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina


Musim perayaan tiba lagi. Pejabat Unit Pengurusan Program Kerjasama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga Program Kerjasama UTM dari kaum Tionghua diseluruh Malaysia.

Kepada yang mengambil kesempatan untunk pulang ke kampung sila pandu kenderaan dengan cermat. Berhati-hati di jalanraya dan patuhi had laju. Manfaatkan cuti sebaiknya dan bersama-samalah kita memberikan sinar kegembiraan dan kebahagiaan kepada keluarga.

Sehubungan dengan cuti Tahun Baru Cina, pendaftaran kursus untuk Sesi 2007/2008 - II yang dijadualkan berakhir pada 8 Februari 2008 ini akan dilanjutkan sehingga 11 Februari 2008 (Isnin) jam 1.00petang.

Sehingga bertemu lagi, selamat bercuti dan "Gong Xi Fa Cai"!!!

0 ulasan  

Penting! Kanak-kanak Di Culik!



Sharlinie Mohd. Nashar, 5, dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di No. 29, Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa diculik kira-kira pukul 11.30 pagi. Ketika itu mangsa sedang leka bermain bersama kakaknya, Sharliena yang berusia lapan tahun.

Menurut beliau, ketika hilang, mangsa yang mempunyai tiga adik-beradik memakai baju-T dan skirt berwarna biru muda serta selipar warna merah jambu.

0 ulasan  

Mesyuarat Penambahbaikan Diploma Teknologi dan Tatacara Perlaksanaan Program Pengukuhan

Kuala Lumpur 21 Januari, Unit Pengurusan Program Kerjasama telah melaksanakan dua mesyuarat penting bagi membincangkan isu semasa yang berkaitan dengan Program Kerjasama UTM.

Pada sebelah pagi telah berlangsung mesyuarat berkenaan penambah baikan Diploma Teknologi yang telah dipengerusikan oleh Dekan UPPK. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Dekan dan Timbalan Dekan Kolej Sains dan Teknologi. Mesyuarat selama 2 jam itu telah membincangkan secara dasar mengenai kurikulum terkini Diploma Teknologi bagi menyelaraskannya mengikut format yang dituntut oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau dahulunya lebih dikenali sebagai (LAN).

Antara perkara penting yang dibincangkan secara terperinci adalah mengenai usaha-usaha penambah baikan terhadap Program Diploma Teknologi yang turut juga menganugerahkan secara berkembar Sijil Kemahiran Malaysia dari Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah wakil dari Kolej Tentera Laut, Tentera Darat, PSDC dan Unity College.

Pada sebelah petangnya pula, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Prof Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir telah mempengerusikan satu lagi mesyuarat yang sangat penting berkaitan tatacara perlaksanaan program pengukuhan bagi pelajar-pelajar yang memasuki Program Kerjasama UTM kurang dari syarat penuh.

Mesyuarat yang berlangsung penuh teliti dan ilmiah itu telah mendapat banyak maklumbalas serta cadangan-cadangan positif daripada wakil Pusat Kerjasama. Mesyuarat tersebut telah berlangsung hampir kira-kira 1 setengah jam dengan akhirnya keputusan secara muafakat telah dicapai daripada pihak UTM dan Pusat Kerjasama.

Ramai Ketua-ketua Eksekutif dari Pusat Kerjasama yang telah hadir dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan maklumbalas yang pantas dari UTM hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat Keputusan Peperiksaan Program Kerjasama yang lalu terutamanya berkaitan pelajar-pelajar yang mengambil subjek pengukuhan.

UPPK mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah hadir dan sama-sama memberikan pandangan, cadangan serta kerjasama penuh atas perkara-perkara dasar yang telah diperbincangkan secara panjang lebar semasa mesyuarat tersebut.

0 ulasan  

Selamat Kembali Ke Kampus!

Pejabat ini ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus kepada semua pelajar Program Kerjasama UTM di seluruh Malaysia dan semoga akan lebih gigih lagi dalam menempuhi alam pembelajaran dan pendidikan untuk Semester 2 Sesi 2007/2008 ini.

Kepada yang telah berjaya dengan cemerlang pada keputusan peperiksaan semester lalu, kami ucapkan syabas dan tahniah manakala pada yang kurang memberangsangkan, moga dapat melipat gandakan usaha dan lebih fokus terhadap kuliah dan pembelajaran. Selalu dampingi mereka yang berjaya jikalau anda mahu berjaya.

Dapatkan nasihat yang terbaik daripada pensyarah dan jelaskan segala kekeliruan dengan bertanya kepada yang tahu terutamanya kepada Pengarah, Pengurus ataupun Penyelaras Akademik Program Kerjasama UTM sendiri.

Rajin-rajinlah mengulangkaji dan melihat contoh soalan semester yang lepas dari sebermula kelas perkuliahan. Bagi yang berkeputusan Kedudukan Baik (KB), rancanglah masa depan pembelajaran anda dengan mengambil beban kredit yang bersesuaian namun tidak boleh kurang dari 10 kredit, terkecuali bagi kes-kes tertentu seperti semester akhir, latihan industri dan sebagainya.

Lebih penting lagi untuk pelajar ber Kedudukan Bersyarat (KS), pastikan pendaftaran anda tidak melebihi 9 kredit dan terlebih dahulu mengulang matapelajaran (UM) kursus-kursus yang pernah gagal terlebih dahulu. Mengulang gred bagi kursus-kursus yang tidak mempunyai gred yang baik adalah amat digalakkan sama-sekali. Namun harus di ingat! Mengulang Gred (UG) hanya dibenarkan sekali sahaja untuk subjek berkenaan disepanjang tempoh pengajian!

Sekian dahulu buat masa ini, jumpa lagi dan "Selamat Kembali Ke Kampus!"

0 ulasan  

Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat 07081

Kuala Lumpur, 4 Januari 2008 - Satu mesyuarat pembentangan keputusan peperiksaan pelajar program kerjasama telah dijalankan bertempat di Dewan Jumaah Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur. Mesyuarat yang telah dihadiri oleh kesemua Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Akademik Pusat Kerjasama UTM telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM Prof Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.
Turut hadir ialah Dekan Unit Pengurusan Program Kerjasama Prof. Madya Ir. Haji Md Nujid Ismail dan juga Dekan Kolej Sains dan Teknologi Prof Ir Dr Azhari Md Salleh. Mesyuarat yang berlangsung kira-kira 5 jam itu telah membincangkan secara terperinci keputusan akademik dan peperiksaan pelajar program kerjasama UTM dari seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya keputusan pelajar program kerjasama bagi Sesi 2007/2008-I adalah baik dan Pusat Kerjasama Institut Kejuruteraan Tentera Darat telah mencatat keputusan 100% KB (Kedudukan Baik). UPPK juga ingin mengucapkan tahniah kepada;
  1. ALIAS BIN ALI AF042DC00106 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej IKIP Kuantan

  2. NOOR ADHARINA BT ALIAS AF042DC00105 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej Yayasan Melaka

  3. BONG KUI LEE AF042DG00103 Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) Kolej Twintech Sarawak

  4. FARIZUDIN BIN MUHAMMAD AF041MR00312 Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) Ins.Teknologi Perindustrian YPJ

kerana telah dianugerahkan "Diploma Kelas Pertama" dari Universiti Teknologi Malaysia.

Syabas dan Tahniah!

0 ulasan  

Puan Siti Hairani Mislam Berpindah

Puan Siti Hairani Mislam yang bertugas sebagai Penolong Akauntan di pejabat UPPK Kuala Lumpur akan berpindah dan mula bertugas di Pejabat Bendahari UTM Skudai bermula 1 Januari 2008.


Beliau yang mula bertugas di UPPK Kuala Lumpur semenjak 15 Jun 2005 telah mendirikan rumah tangga dengan sorang pensyarah di UTM Skudai kira-kira 3 bulan yang lalu. Pejabat Pendaftar telah meluluskan permohonan beliau untuk berpindah ke Johor. Tempat beliau pula akan digantikan dengan seorang staf dari Pejabat Bendahari UTM Skudai.

Pejabat UPPK telah mengadakan jamuan ringan dan menyampaikan cenderahati kenang-kenangan pada hari Jumaat 28/12/2007 sempena perpindahan Puan Siti Hariani dan mendoakan agar beliau memperolehi kerjaya yang lebih cemerlang di tempat baru nanti.

Terima kasih dan jumpa lagi!

0 ulasan  

Pengambilan Pelajar Baru Program Kerjasama UTM


Klik untuk paparan yang lebih jelas

Program Kerjasama UTM kini sedang membuat pengambilan pelajar untuk kemasukan Sesi 2 2007 / 2008. Kepada lepasan SPM yang mempunyai syarat dan kelulusan seperti didalam iklan diatas adalah digalakkan untuk memohon terus kepada Pusat Kerjasama seperti yang tertera diatas. Cepat! Jangan Lepaskan Peluang untuk mendapatkan Diploma UTM!!

0 ulasan  

Dasar Baru Pinjaman PTPTN

Adalah dimaklumkan bahawa semua pelajar yang ingin memohon pinjaman PTPTN hendaklah mengemukakan Borang (OMR) permohonan sebelum akhir bulan Disember 2007. Mulai 1.1.2008 semua permohonan baru pinjaman PTPTN wajib mempunyai Akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

1.0 DASAR-DASAR BARU PINJAMAN

1.1 Pemohon / ibu / bapa / penjaga pemohon yang sah hendaklah mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) mulai 01 Januari 2008, mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

1.2 Pengecualian pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) diberikan kepada pelajar yatim piatu, pemohon / ibu bapa / penjaga yang sah menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat. Namun demikian setiap permohonan hendaklah dibuktikan dengan mengemukakan dokumen-dokumen yang telah ditetapkan.

2.0 PENGGUNAAN BORANG OMR

2.1 Tempoh sah laku penggunaan borang OMR (Siri F) - PTPTN-P-01/1-2004 Pin.2 hanya sehingga 31 Disember 2007. Mulai 01 Januari 2008 hanya borang OMR (Siri G) - PTPTN-P-01/1-2004 Pin.3 dan borang OMR (Siri H) PTPTN-P-01/1-2004 Pin.4 hanya sah diterima pakai.

2.2 Pemprosesan borang-borang tersebut (berlainan siri) hendaklah dibuat secara berasingan. Ini bertujuan mengurangkan kesilapan dan tugas-tugas yang dibuat secara manual.

3.0 DOKUMEN SOKONGAN

3.1 salinan Kad Pengenalan pemohon (muka hadapan dan belakang dibuat salinan pada muka surat yang sama)

3.2 Salinan Surat Tawaran dari IPT

3.3 salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (bagi yang mengemukakan salinan slip keputusan peperiksaan SPM, hanya slip yang tidak melebihi tempoh 2 tahun dari tahun peperiksaan diambil boleh diterima pakai)

3.4 salinan transkrip keputusan peperiksaan dan sijil kelayakan masuk lain. Contoh: STPM / Diploma / Matrikulasi / Ijazah Sarjana Muda / Ijazah Sarjana (Master) (sila sertakan surat pengesahan tamat pengajian dari IPT yang mengendalikan kelayakan masuk tersebut jika pemohon belum menerima sijil dan pada transkrip peperiksaan juga tidak dinyatakan bahawa pelajar telah menamatkan pengajian / layak dianugerahkan sijil)

3.5 salinan buku akaun bank (muka surat yang tercatat nombor akaun) / Slip / Pengesahan nombor akaun bank yang telah ditetapkan oleh IPT masing-masing.

3.6 salinan terkini Borang Cukai Pendapatan (B/BE/EA/EC) / Slip Gaji / Kad Pesara / Borang Pengesahan Pendapatan Ibu Bapa / Penjaga dan Pasangan Penjaga / Pemohon dan Pasangan.

3.7 salinan kad pengenalan ibu dan bapa kandung. Sekiranya ibu atau bapa kandung meninggal dunia / tidak dapat dikesan, sila sertakan salinan sijil kematian / akuan sumpah.

3.8 salinan surat pengesahan / surat akuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat / Pusat Zakat, sekiranya pemohon / ibu / bapa / penjaga merupakan penerima bantuan bulanan dari agensi berkenaan.

0 ulasan