Prof. Azmi bin Abdullah Pulang ke Rahmatullah

Prof. Azmi bin Abdullah mantan Pengarah Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah kembali ke rahmatullah pada 12 Julai 2008 (Sabtu) lebih kurang jam 12.30 malam. Beliau disahkan mengidap kanser hati.

Allahyarham mula berkhidmat di UTM pada tahun 1974 sebagai Penolong Pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Awam. Beliau telah menyandang beberapa jawatan penting di UTM semasa hayatnya di antaranya Ketua Jabatan, Timbalan Dekan, Pengarah Autodesk Training Centre (ATC), Pengarah Kampus selama 6 tahun, Dekan Kolej Sains dan Teknologi (KST) dan jawatan terakhir beliau sebagai Pengarah Alumni UTM.

Sepanjang berkhidmat, pelbagai usaha telah dibuat oleh beliau dalam menaikkan imej universiti antaranya mengasaskan idea pembinaan Dataran Ilmu yang merupakan mercu tanda UTM City Campus dan Buletin City Campus.

Allahyarham yang merupakan anak kelahiran Perak meninggalkan seorang isteri, Puan Khatijah Mohamad dan seorang anak yang telah berumahtangga. Jenazah allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate sebelum zuhur.

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang besar kepada universiti. Semoga roh beliau ditempatkan bersama-sama orang yang soleh... Didoakan juga semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi ujian dari Allah s.w.t. Alfatihah...Amin

 

0 ulasan: