Berendam Setelah Berpenat Lelah
Setelah berpenat lelah selama 3 bulan dalam persediaan untuk menjalankan peperiksaan akhir, staf UPPK akhirnya dapat mandi di air terjun Hutan Lipur Kanching atau lebih glamour lagi dikenali sebagai "Templer's Park". Upacara makan dan berendam itu telah berlangsung pada hari Ahad, 6 Januari 2008 yang lalu.
Staf UPPK bersama "pasangan" masing-masing
Tidak ramai yang dapat hadir ke upacara perkelahan gilang gemilang tersebut kerana terlibat dengan aktiviti lain contohnya seperti En Zurik yang terpaksa mengambil hati isterinya dirumah kerana beliau selepas itu terpaksa "berkhemah" selama seminggu di hutan belantara Sarawak kerana promosi pemasaran bersama Kolej Twintech Sarawak.
En Zailis pula tidak dapat hadir kerana sudah puas berulang alik kerja selama seminggu dari Banting ke Kuala Lumpur dan memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengamati keadaan rumah dan anaknya. En Shahrizal juga tidak dapat hadir kerana terbabit dengan janji melayunya, manakala En Jeffri yang telah tertidur hasil dari menonton Siri Episod "Heroes Season 1" secara marathon 12 jam pada hari Sabtu sebelumnya.
Walau apa pun, aktiviti makan-makan dan terjun tiruk ini telah berjaya sebagai salah satu aktiviti yang layak dihenyakkan didalam blog ini. Nantikan aktiviti kami seterusnya..
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat 07081
Kuala Lumpur, 4 Januari 2008 - Satu mesyuarat pembentangan keputusan peperiksaan pelajar program kerjasama telah dijalankan bertempat di Dewan Jumaah Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur. Mesyuarat yang telah dihadiri oleh kesemua Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Akademik Pusat Kerjasama UTM telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM Prof Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.
Turut hadir ialah Dekan Unit Pengurusan Program Kerjasama Prof. Madya Ir. Haji Md Nujid Ismail dan juga Dekan Kolej Sains dan Teknologi Prof Ir Dr Azhari Md Salleh. Mesyuarat yang berlangsung kira-kira 5 jam itu telah membincangkan secara terperinci keputusan akademik dan peperiksaan pelajar program kerjasama UTM dari seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya keputusan pelajar program kerjasama bagi Sesi 2007/2008-I adalah baik dan Pusat Kerjasama Institut Kejuruteraan Tentera Darat telah mencatat keputusan 100% KB (Kedudukan Baik). UPPK juga ingin mengucapkan tahniah kepada;
- ALIAS BIN ALI AF042DC00106 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej IKIP Kuantan
- NOOR ADHARINA BT ALIAS AF042DC00105 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej Yayasan Melaka
- BONG KUI LEE AF042DG00103 Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) Kolej Twintech Sarawak
- FARIZUDIN BIN MUHAMMAD AF041MR00312 Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) Ins.Teknologi Perindustrian YPJ
kerana telah dianugerahkan "Diploma Kelas Pertama" dari Universiti Teknologi Malaysia.
Syabas dan Tahniah!
Langgan:
Catatan (Atom)