UTM City Campus - Sambutan Maulidur Rasul 1429H


Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada tahun ini jatuh pada hari Khamis, 20 Mac 2008. Perarakan dan perhimpunan beramai-ramai telah diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ribuan hadirin membanjiri Stadium Putera Bukit Jalil untuk sama-sama memperingati hari bersejarah hari kelahiran Nabi Junjungan yang ajarannya masih bersama kita hingga ke hari ini.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) City Campus, Kuala Lumpur turut mengambil bahagian di dalam perhimpunan tersebut dengan menghantar seramai 100 orang peserta terdiri daripada 80 lelaki dan 20 wanita yang diketuai oleh Ustaz Shahrizal bin Shahidan.

Kemuncak sambutan tersebut diumumkan lima orang penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul. Hadiah disampaikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

 

0 ulasan: