Jemputan Menghadiri '1st International Conference on Biotechnology For The Wellness Industry"

Sukacita dimaklumkan bahawa Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) akan menganjurkan '1st International Conference on Biotechnology For The wellness Industry' pada 5 – 6 Ogos 2008, bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Pelbagai pameran serta demonstrasi kesihatan dan kecantikan akan diadakan bersempena dengan program tersebut, seperti mana berikut:

5 Ogos 2008

* Kepentingan Kesihatan Tanah
* Kecantikan Bermula Dari Dalam & Demo Penghasilan Kosmetik
* Pertunjukan Masakan Kesejahteraan

6 Ogos 2008

* Demonstrasi Teknologi EM
* Pertunjukan Masakan Kesejahteraan
* Dimensi Tekanan

Pengangkutan ke PWTC akan disediakan jam 12 tengahari dan 2.30 petang dari PWTC ke UTM City Campus, serta pek makanan dan minuman sepanjang program berlangsung.

Kepada yang berminat, sila hubungi En. Fadzly /Pn. Yatie di talian 03-26154406 atau emel ke fadzly@cepp.utm.my atau nikyati@cepp.utm.my bagi mengesahkan kehadiran.

0 ulasan