Pelajar KST Mewakili Negara


Chua Tau Shen, pelajar tahun Dua Diploma Kejuruteraan Elektrik (Perhubungan), Kolej Sains dan Teknologi (KST), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) City Campus, Kuala Lumpur telah dipilih untuk mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran Peringkat ASEAN pada 8 hingga 19 November depan.

Beliau telah dipilih berasaskan kejayaannya memenangi pingat gangsa di dalam Pertandingan Kemahiran Malaysia Ke 17 dalam bidang Elektronik Industri yang dijalankan pada 13 hingga 17 Ogos 2007 yang lalu.

Saudara Chua telah dipilih untuk mengikuti program latihan intensif selama 6 bulan dibawah kendalian Urusetia Kemahiran Malaysia dan akan menjalani latihan di UTM City Campus di bawah seliaan Encik Ahmad Redzuan bin Mohd. Hanapiah, Pengajar di Woksyop Elektronik.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Chua. Kejayaan ini membuktikan bahawa graduan UTM adalah antara yang terbaik yang diperlukan oleh majikan dan industri.

 

0 ulasan: