Tan Sri NC UTM Bertemu Pemimpin Pelajar

Kuala Lumpur 22 Januari 2008, Kira-kira 150 orang pemimpin pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) City Campus berpeluang bertemu muka berbicara dari hati ke hati bersama Y.Bhg. Naib Canselor UTM, Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Zulkifli bin Tan Sri Mohd. Ghazali pada hari Isnin yang lalu.

Pertemuan selama lebih dua jam ini berjaya membangkitkan suasana mesra dan semangat ingin berjaya di kalangan pelajar. Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab yang dipikul oleh setiap seorang dari mereka untuk merealisasikan halatuju universiti sebagai pemangkin kepada hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia untuk membangunkan Modal Insan.

Menurut Y.Bhg. Tan Sri Naib Canselor, orang yang berjaya adalah mereka yang menangguhkan manafaat diri mereka. Dalam usia masih muda setiap pelajar harus membangunkan potensi diri, berfikir untuk berjaya. Mereka juga diseru untuk mempertingkatkan keupayaan berbahasa Inggeris kerana ia boleh membangunkan karakter dan menambah nilai diri.

Menyentuh mengenai suasana pilihanraya yang sudah mula terasa, pemimpin pelajar diingatkan supaya tidak terlibat langsung di dalam proses tersebut. Peranan sebagai pelajar Universiti, mereka perlu menjaga nama baik Universiti dan berusaha sebaik mungkin menambah ilmu di dada.

Mengambil kesempatan di sesi berdialog, pemimpin pelajar menyuarakan pelbagai masalah yang dihadapi dan pihak pengurusan yang universiti yang turut hadir di majlis tersebut diminta mengambil tindakan sewajarnya agar rungutan pelajar tidak berpanjangan.

 

0 ulasan: