Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Senat 07081

Kuala Lumpur, 4 Januari 2008 - Satu mesyuarat pembentangan keputusan peperiksaan pelajar program kerjasama telah dijalankan bertempat di Dewan Jumaah Universiti Teknologi Malaysia City Campus Kuala Lumpur. Mesyuarat yang telah dihadiri oleh kesemua Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Akademik Pusat Kerjasama UTM telah dipengerusikan sendiri oleh Yang Berbahagia Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTM Prof Ir. Dr Siti Hamisah Tapsir.
Turut hadir ialah Dekan Unit Pengurusan Program Kerjasama Prof. Madya Ir. Haji Md Nujid Ismail dan juga Dekan Kolej Sains dan Teknologi Prof Ir Dr Azhari Md Salleh. Mesyuarat yang berlangsung kira-kira 5 jam itu telah membincangkan secara terperinci keputusan akademik dan peperiksaan pelajar program kerjasama UTM dari seluruh Malaysia.
Secara keseluruhannya keputusan pelajar program kerjasama bagi Sesi 2007/2008-I adalah baik dan Pusat Kerjasama Institut Kejuruteraan Tentera Darat telah mencatat keputusan 100% KB (Kedudukan Baik). UPPK juga ingin mengucapkan tahniah kepada;
  1. ALIAS BIN ALI AF042DC00106 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej IKIP Kuantan

  2. NOOR ADHARINA BT ALIAS AF042DC00105 Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) Kolej Yayasan Melaka

  3. BONG KUI LEE AF042DG00103 Diploma Pengurusan Teknologi (Perakaunan) Kolej Twintech Sarawak

  4. FARIZUDIN BIN MUHAMMAD AF041MR00312 Diploma Teknologi Mekanikal (Lukisan Rekabentuk) Ins.Teknologi Perindustrian YPJ

kerana telah dianugerahkan "Diploma Kelas Pertama" dari Universiti Teknologi Malaysia.

Syabas dan Tahniah!

 

0 ulasan: