Berendam Setelah Berpenat Lelah

Salah satu dari kolam air terjun Templer's Park

Setelah berpenat lelah selama 3 bulan dalam persediaan untuk menjalankan peperiksaan akhir, staf UPPK akhirnya dapat mandi di air terjun Hutan Lipur Kanching atau lebih glamour lagi dikenali sebagai "Templer's Park". Upacara makan dan berendam itu telah berlangsung pada hari Ahad, 6 Januari 2008 yang lalu.



Staf UPPK bersama "pasangan" masing-masing


Tidak ramai yang dapat hadir ke upacara perkelahan gilang gemilang tersebut kerana terlibat dengan aktiviti lain contohnya seperti En Zurik yang terpaksa mengambil hati isterinya dirumah kerana beliau selepas itu terpaksa "berkhemah" selama seminggu di hutan belantara Sarawak kerana promosi pemasaran bersama Kolej Twintech Sarawak.

En Zailis pula tidak dapat hadir kerana sudah puas berulang alik kerja selama seminggu dari Banting ke Kuala Lumpur dan memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengamati keadaan rumah dan anaknya. En Shahrizal juga tidak dapat hadir kerana terbabit dengan janji melayunya, manakala En Jeffri yang telah tertidur hasil dari menonton Siri Episod "Heroes Season 1" secara marathon 12 jam pada hari Sabtu sebelumnya.


Walau apa pun, aktiviti makan-makan dan terjun tiruk ini telah berjaya sebagai salah satu aktiviti yang layak dihenyakkan didalam blog ini. Nantikan aktiviti kami seterusnya..

 

0 ulasan: